Posts

LITERASI UNDANG - UNDANG UNTUKMU GURU

Image
  TAJUK : LITERASI UNDANG-UNDANG UNTUKMU GURU PENULIS : DATO' HAZIZAH KASIM PENERBIT : AKADEMI HAZIZAH BILANGAN MUKA SURAT : 188 Sebenarnya dah lama buku ni duk lalu dalam group cikgu2 yang hakak join tp masa tu macam tak sampai seru lagi nak membeli. Tapi bila terbaca kisah ada dikalangan rakan guru yang terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah sehingga mengorbankan kerjaya, hakak rasa sudah tiba masanya hakak gali sedikit ilmu yang berkaitan dengan maklumat asas undang-undang yang melibatkan kerjaya hakak sebagai seorang guru. Biasalah kan bila nak baca buku yang pada hakak agak berat ni, banyaklah rintangan yang mendatang.  Tapi kalau baca novel cinta cintun, sampai pagi sanggup hadap....nak cepat tau endingnyakan. Ok...balik pada buku ini, walaupun buku ini  berkaitan dengan undang-undang tp ia telah diolah kepada bahasa yang lebih mudah bagi kita orang awam untuk memahaminya. Maka memang sesuailah untuk dijadikan rujukan setiap lapisan masyarakat. ...