LITERASI UNDANG - UNDANG UNTUKMU GURU

 

TAJUK : LITERASI UNDANG-UNDANG UNTUKMU GURU

PENULIS : DATO' HAZIZAH KASIM

PENERBIT : AKADEMI HAZIZAH

BILANGAN MUKA SURAT : 188

Sebenarnya dah lama buku ni duk lalu dalam group cikgu2 yang hakak join tp masa tu macam tak sampai seru lagi nak membeli. Tapi bila terbaca kisah ada dikalangan rakan guru yang terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah sehingga mengorbankan kerjaya, hakak rasa sudah tiba masanya hakak gali sedikit ilmu yang berkaitan dengan maklumat asas undang-undang yang melibatkan kerjaya hakak sebagai seorang guru.

Biasalah kan bila nak baca buku yang pada hakak agak berat ni, banyaklah rintangan yang mendatang.  Tapi kalau baca novel cinta cintun, sampai pagi sanggup hadap....nak cepat tau endingnyakan.

Ok...balik pada buku ini, walaupun buku ini  berkaitan dengan undang-undang tp ia telah diolah kepada bahasa yang lebih mudah bagi kita orang awam untuk memahaminya. Maka memang sesuailah untuk dijadikan rujukan setiap lapisan masyarakat.

Buku ini terbahagi kepada 8 bab dimana setiap bab diolah  secara detail mengenai hak, tanggungjawab dan lialibiliti guru, hak murid, tanggungjawab ibubapa, konsep in loco parentis, konsep majikan dan pekerja dalam kes kecuaian dan implikasi undang-undang terhadap guru.

Bagi hakak yang sedikit  jahil undang-undang ini, ianya telah membuka mata hakak kearah kesedaran dan menambah kefahaman terhadap isu-isu  perundangan yang melibatkan para guru dan pelajar.

Hakak memang menyarankan agar setiap rakan pendidik seperti hakak untuk memiliki buku ini supaya kita lebih peka terhadap isu-isu semasa dan hak yang wujud bagi mengelakkan insiden kecuaian yang tidak diingini berlaku dimasa hadapan.

Comments